Cute Sliced Orange
Mister Orange Caramel Story

Tuesday, January 11, 2011

Tiga sahabat By:Baim arashi Kami bukan fantasi, Kami reality…

…Sahabat…
‘Tangkap dia!!!’ jerit seorang nelayan. Qristina terjun ke dalam laut yang berair biru jernih. Qristina mula menyelam ke dasar laut. Tiba-tiba kakinya kebas. Setelah beberapa saat Qristina berhadapan dengan situasi itu, dia mendapati bahawa dia tidak mempunyai sepasang kaki lagi, sebaliknya ekor yang berwarna keemasan dan sisik yang sangat licin. Qristina mula berenang jauh ke dasar laut. Nelayan yang mengejar mereka tadi tidak lagi kelihatan. Dia bertanya seorang diri kemana perginya Cleo dan Emma yang lari bersamanya tadi. Setelah sekian lama dia menyelam, dia kembali ke permukaan air secara perlahan-lahan. Sesampainya dipermukaan air, tiba-tiba dia merasa ekornya tersekat pada sesuatu. Ternyata ekornya Qristina tersangkut pada sebuah jala. Dia menjadi cemas. Tiba-tiba, ekornya disentap dengan kuat sehingga menyebabkan beberapa sisik emasnya tercabut. Sekali lagi jala itu disentap dengan kuat dan kali ini, jala itu disentap dengan kuat dan kali ini, jala itu cuba dinaikkan keluar daripada air laut yang jernih. Qristina kelihatan lemah tetapi digagahnya juga untuk melawan tarikan demi tarikan jala yang tersangkut pada ekornya. Qristina kehabisan khudrat untuk melawan tarikan itu lagi dan akhirnya Qristina berjaya ditarik keluar dari permukaan air laut. Dia melihat Emma dan Cleo dengan tangan mereka diikat dibelakang setelah sampai di atas bot. Emma dan Cleo juga mempunyai ekor dan bersisik emas.
Itulah yang saya mimpi semalam!kata Qristina bersungguh-sungguh.
Cleo dan Emma yang dari tadi menjadi pendengar setia mula bersuara.
Wah, kita bertiga menjadi duyung? Menarik! kata Cleo teruja.
Memang menarik! Sudah dua malam berturut-turut saya bermimpi tentang itu! kata Qristina seperti meminta kepercayaan.
Mungkin itu hanya mimpi! kata Emma yang dari tadi mendiamkan diri.
Mungkin, tetapi mimpi itu seolah hendak memberitahu sesuatu, kata Qristina perlahan.
Saya ada idea, jika malam ini kamu masih tentang hal yang sama,kita akan pergi ke tempat yang kamu mimpi itu, kata Cleo bersemangat.
Okey, jawab Qristina dan Emma serentak.

Bersambung...........

2 comments:

fionalisha said...

haha, buad penat jea bce,,
ruperupenye mimpi ea?

Baim Aisuru said...

haha..
tunggu la sambungan dulu..



Falling Objects at SnazzySpace.com