Cute Sliced Orange
Mister Orange Caramel Story

Sunday, January 16, 2011

Tiga Sahabat Episod 4..

..PERUBAHAN MENABJUBKAN..
Pada hari tersebut, Emma mengambil keputusan untuk berenang di pantai. Dia menyalin pakaian dan terus berenang ke dasar laut. Di laut kelihatan banyak ikan yang berbagai jenis warna, sedang Emma asyik memerhatikan hidupan laut yang sangat indah, dia merasa ada buih-buih kecil keluar dari kakinya. Semakin lama semakin banyak buih yang keluar sehinggakan Emma tidak dapat melihat kakinya. Dalam masa yang sama Emma merasakan dia tidak lagi mempunyai sepasang kaki, sebaliknya dia merasakan bahawa dia hanya mempunyai satu kaki! Sekian lama buih itu keluar dan perlahan-lahan Emma dapat melihat kakinya. Dia berharap tidak berlaku apa-apa yang buruk pada kakinya. Selang beberapa saat buih itu mulai hilang dan akhirnya lenyap. Emma sangat terkejut kerana semua pakaiannya sudah berubah wajah. Dibadannya tidak ada lagi pakaian dalam yang berwarna biru sebaliknya sisik yang berwarna keemasan yang berbentuk pakaian dalam. Ia melekat pada kulit dan paling mengejutkan lagi, dia mempunyai ekor yang bersisik emas yang berkilau. Dia mula berenang dengan pantas dan naik ke darat.
Qristina sedang berendam di dalam air buih. Sedang asyik dia membersihkan diri tiba-tiba dia tersentuh sesuatu seperti sisik di bahagian dadanya. Dia cuba bangun tetapi terasa seperti kakinya tidak bertulang. Dia bingksas mengeluarkan kakinya dari tab. Qristina sangat terkejut apabila melihat ekor yang bersisik emas telah bersambung pada badannya. Qristina mengambil keputusan untuk mengosongkan tab dan melihat dirinya dengan jelas. Selang beberapa minit kemudian tab berjaya dikosongkan. Kini dia dapat melihat dirinya yang sebenarnya sambil tersenyum.

Aku duyung! katanya girang.

Cleo sedang berjalan di tepi sungai. Dia sedang memikirkan tentang kejadian yang berlaku tempoh hari. Tanpa Cleo sedari dia terpijak lopak air. Tiba-tiba kakinya statik tidak bergerak. Setelah beberapa saat badan Cleo mula ditumbuhi sisik dan sepasang kaki tidak lagi kelihatan, sebaliknya ekor yang sangat cantik dan berkilau bercantum di badannya. Semua pakaiannya entah kemana kerana tidak sampai tiga saat seluar jeansnya telah berubah menjadi ekor ikan. Cleo yang tadinya berdiri kini telah jatuh dan meniarap di permukaan bumi kerana hilang keseimbangan. Cleo juga pengsan kerana terlalu terkejut. Beberapa minit kemudian Cleo mula tersedar semula. Dia melihat bahawa ekor bersisik tadi masih tetap utuh. Ekor yang bercantum pada pinggang dan sisik yang membentuk pakaian dalam. Dia tidak mahu ada orang lain yang menyaksikan kejadian tersebut lalu dia menggulingkan dirinya ke kanan dan masuk ke sungai dan berenang pulang ke rumah.

0 comments:



Falling Objects at SnazzySpace.com