Cute Sliced Orange
Mister Orange Caramel Story

Wednesday, January 12, 2011

Tiga sahabat episod 2

……...MIMPI YANG ANEH…….
Pagi yang dingin. Kelihatan embun pagi yang sangat menyegarkan. Pagi itu, selepas sarapan tiga orang sahabat itu bersiap-siap untuk pergi membeli-belah. Membeli-belah adalah sesuatu kewajiban bagi mereka pada hujung minggu. Setelah sampai dipusat membeli-belah, mereka masuk dalam sebuah kedai cenderamata. Mata Cleo tertarik pada sebuah boneka batu.
Wah, cantiknya boneka ini! kata Cleo kepada dua sahabatnya.
Ya, sangat cantik! Saya ingin membelinya, kata Emma sungguh-sungguh.
Mereka bertiga mengambil boneka itu, membayarnya dan terus berlalu.
Sesampainya mereka di rumah, Cleo memasukkan boneka itu ke dalam aquarium. Ketiga orang sahabat itu kehairanan apabila melihat semua ikan yang berada di dalam aquarium itu seperti sangat menghormati boneka itu. Ikan-ikan itu tidak lagi berenang ke sana ke mari, sebaliknya berkumpul di sekeliling boneka itu.
Wah, tak tahu pula ikan kita pandai bersopan-santun, kata Cleo berjenaka. Mereka ketawa sesama sendiri.
Pada malam itu, mereka tidur di rumah seperti biasa. Tiga orang sahabat itu sedang lena tidur. Tepat pukul 11.30 malam, Qristina terjaga dari tidurnya dan dia kelihatan terkejut seperti bermimpi sesuatu yang sangat luar biasa. Cleo dan Emma turut terjaga, mereka sedikit terganggu kerana semasa tidur Qristina berada di tengah.
Duyung, kata Qristina yang masih kelihatan terkejut.
Kenapa dengan duyung? Tanya Emma sedikit mendesak.
Saya bermimpi tentang duyung lagi dan kali ini ia memberi petunjuk, kata Qristina putus-putus.
Petunjuk apa? Tanya Emma dan Cleo serentak.
Dimana kita harus pergi semuanya saya sudah tahu cuma ia meminta kita untuk pergi bertiga. Dan menurut mimpi itu kita mesti pergi ke sana pada 12 tengah malam ini, kata Qristina panjang lebar.
Tetapi kenapa mesti malam ini? Tanya Emma sedikit keberatan.
Kerana malam ini malam bulan purnama…, kata Qristina seperti pengacara rancangan Misteri Nusantara.
Tapi…. Apa tujuan kita ke sana? Tanya Cleo.
Saya tidak pasti tapi mimpi itu memberitahu saya bahawa kita akan mendapat sesuatu yang sangat berharga, kata Qristina meyakinkan dua sahabatnya yang masih kelihatan ragu.
Mereka bersiap-siap untuk pergi ke tempat yang Qristina katakan. Tetapi mereka tidak tahu ke manakah Qristina akan membawa mereka kerana Qristina masih belum memberitahu mereka berdua….
Bersambung……

0 comments:



Falling Objects at SnazzySpace.com