Cute Sliced Orange
Mister Orange Caramel Story

Sunday, January 16, 2011

Tiga Sahabat Episod 3..

……….TERPERANGKAP…………
Pukul 12 tengah malam, tiga sahabat itu tiba di tempat yang Qristina maksudkan. Ternyata tempat yang Qristina maksudkan ialah air terjun di belakang gunung. Dalam perjalanan ke situ masing-masing mendiamkan diri. Tetapi setelah sampai barulah mereka bersuara semula.
Apa yang kita hendak buat sekarang? tanya Emma setelah mereka sampai.
Saya akan terjun ke dalam air dan jika tidak terjadi apa-apa barulah kalian terjun juga, kata Qristina memberi cadangan.
Tidak, saya tidak setuju! Kita sahabat, susah senang kita lalui bersama , kata Cleo membantah.
Ya, saya setuju dengan apa yang Cleo katakan, kata Emma menyokong.
Baiklah, saya kira sampai tiga. Selepas itu kita terjun ,Okey? kata Qristina.
Okey kata Cleo dan Emma serentak.
Setelah beberapa minit berdiri di tebing mereka bertigapun terjun ke dalam air terjun yang mengalir sedikit deras. Tiba-tiba cahaya bulan menerangi setiap pelusuk di kawasan itu. Sesuatu yang luar biasa berlaku pada tiga orang sahabat itu. Cahaya bulan itu seolah-olah memberi tenaga yang sangat luar biasa kepada mereka. Tiba-tiba air di sungai itu mulai membeku.
Cepat menyelam! kata Qristina memberi arahan.
Cleo dan Emma turut menyelam setelah menyedari air yang semakin membeku itu menghampiri mereka. Ketiga-tiga sahabat itu menjadi semakin bingung kerana hanya permukaan air di sungai itu sahaja yang beku. Mereka mendapati di dasar sungai yang berair biru itu terdapat sebuah lubang. Mereka keluar melalui lubang tersebut dan akhirnya mereka dapat meloloskan diri.
Mereka mengambil keputusan untuk terus balik ke rumah. Di rumah mereka membersihkan diri dan cuba melelapkan mata. Tetapi mata mereka sedikit pun tidak mengantuk dan masing-masing masih di dalam keadaan terkejut. Keesokan harinya merekaa tidak lagi membahas tentang apa yang berlaku di air terjun di belakang gunung malam sebelumnya. Qristina tidak lagi bermimpi tentang duyung. Mereka kembali melakukan aktiviti kebiasaan mereka. Sudah tiga hari perkara itu berlalu tiada tanda-tanda perubahan pada diri mereka…
Bersambung...

0 comments:



Falling Objects at SnazzySpace.com